26 Februari 2025 – Bahagian Alumni telah mengadakan Program Kesejahteraan Emosi Kejayaan Sepanjang Hayat. Program ini diadakan sebagai satu inisiatif untuk memberi pendedahan kepada kita semua tentang cara-cara mengurus tekanan dengan lebih berkesan, sekali gus membantu meningkatkan kesejahteraan diri dan prestasi dalam kehidupan seharian.
Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Abdul Razif Bin Zaini, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan turut di hadiri oleh pegawai UIS untuk memberi sokongan. Penceramah jemputan merupakan Alumni UIS iaitu Encik Mohd Mustaqim Asmuji, Pakar Terapi Kesihatan Mental klinikal dan Encik Mohd Radzman Basinon, Pakar Industri Video Film Production.
Semoga dengan perkongsian ilmu daripada pakar Alumni ini, dapat memberi kefahaman dengan lebih mendalam tentang kepentingan kesihatan mental, cara mengurus tekanan, dan bagaimana kita boleh menyokong antara satu sama lain dalam kalangan kita. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua.