14-15 Februari 2025 – Program Ride Ambang Ramadan ke Kuala Terengganu anjuran Bahagian Alumni, Masjid Al-Azhar & Yayasan KUIS telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.
Terima kasih diucapkan kepada Pengarah Program Ustaz Mohd Rasyidi Ali, Puan Junizah Mardianah Ketua Bahagian Alumni UIS, Ustaz Muhammad Fairuz, Nazir Masjid Al-Azhar, Yayasan KUIS serta semua peserta yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan penuh semangat ukhuwah dan kesungguhan. Kejayaan program ini tidak akan tercapai tanpa komitmen dan dedikasi daripada setiap individu yang terlibat.
Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti bermanfaat telah dilaksanakan, termasuk Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ustaz Uwais Al-Qorni bertempat di Masjid Negeri Terengganu, program ziarah dan penyampaian sumbangan Al-Quran serta kewangan kepada Maahad Tahfiz Wal-Tarbiyah, Kuala Terengganu, serta aktiviti promosi Universiti Islam Selangor.
Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT dan menjadi bekalan amal jariah yang berkekalan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan bagi memperkukuhkan silaturahim serta menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dalam usaha dakwah dan kebajikan.